Armada Cebu Pacific

Armada Terkini

sebuah Pesawat Syarikat Penerbangan Cebu Pacific dengan siri Airbus A330-300 di Lapangan Terbang Toulouse, Perancis semasa percubaan penerbangan.

Sejak dari Ogos 2020[kemaskini], the mainline Cebu Pacific operates an all-Airbus fleet.[47][48][49]

Armada Cebu Pacific
PesawatDalam PerkhidmatanTempahanPenumpang[50]Nota
Airbus A320-200 [51]30180
Airbus A320neo55188
Airbus A321-2007230
Airbus A321neo [52]624236[53]Penghantaran hingga Tahun 2022.[54]
ada sebuah rancangan untuk konfigurasikan beberapa pesawat siri A321neo ke Konfigurasi 242-tempat duduk.
semua Pesawat di Konfigurasi flex kabin Airbus (ACF).[55]
Airbus A321XLR10242Penghantaran dari Tahun 2024.[56][57]
Airbus A330-300 [58]8436
Airbus A330-900neo16460Penghantaran dari Tahun 2023 hingga Tahun 2024.[59][60]
Total5655

Pada Tarikh 16 Jun 2015 di Persembahan Udara Paris 2015, syarikat penerbangan itu mengumumkan tempahan untuk sebanyak 16 pesawat ATR 72-600 untuk cabang wilayahnya Cebgo untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Filipina untuk perkhidmatan antara pulau. Syarikat penerbangan ini juga akan menjadi pelanggan pelancaran kabin Armonia berketumpatan tinggi baharu. [petikan diperlukan] Pada Tarikh 22 Januari 2016 syarikat penerbangan itu menerima Pesawat Airbus siri A320 pertamanya yang dicat dengan warna baharu. Pesawat ini dihantar baharu dari kilang Airbus di Toulouse, Perancis. [61]

Airbus A320

Pada Tahun 2003, Syarikat Penerbangan Cebu Pacific menempah sebanyak 15 pesawat siri A320 untuk menggantikan Pesawat siri Boeing 757 untuk menjadi pelanggan Airbus. Sehingga pada Tahun 2007, Syarikat Penerbangan Cebu Pacific menambahkan Tempahan tambahan hingga sebanyak 7 A320 untuk memperluas rangkaian laluan domestik dan antarabangsa. [62] Semasa Persembahan Udara Paris pada tahun 2019. Syarikat Penerbangan Cebu Pacific menempah sebanyak 5 Pesawat siri A320neo untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk laluan domestik [63]

Airbus A320 kini terbang ke destinasi domestik dan antarabangsa di Asia Tenggara, Asia Timur dan Mikronesia.

Airbus A321

Pada Tahun 2016, Syarikat Penerbangan Cebu Pacific seharusnya menerima kumpulan pertama A321neo tetapi bersetuju untuk menangguhkan penghantaran sementara masalah enjin Pratt dan Whitney PW1100G-JM yang seharusnya menggerakkan A321neo. Sebagai gantinya, mereka menempah sebanyak 7 Pesawat siri A321ceo untuk memenuhi pertumbuhan yang berterusan di rangkaian domestik dan serantau. Kontrak terbaharu ialah berdasarkan tempahan yang ada untuk sebanyak 32 Pesawat siri A321neo. Dengan Armada siri A321 Syarikat Penerbangan Cebu Pacific akan dapat menanggapi permintaan yang meningkat dengan tahap kecekapan tertinggi. Dengan membawa lebih banyak penumpang, dan dengan kos yang lebih rendah, Pesawat siri A321 merupakan penyelesaian yang tepat untuk memenuhi kehendak syarikat penerbangan di seluruh dunia di tengah-tengah segmen pasaran.[64] Pada Bulan Jun Tahun 2011, Cebu Air Inc. mengumumkan bahawa ia membeli 30 buah Pesawat Airbus siri A321neo dan tujuh buah Airbus A320 dengan harga $ 3.8 bilion, membolehkannya melipatgandakan armada menjelang Tahun 2021 dan memperluas laluan antarabangsa. Pesawat siri A320 akan dihantar antara Tahun 2015 dan Tahun 2021, sementara armada siri A321neo akan tiba dari Tahun 2017 hingga Tahun 2021. Syarikat penerbangan ini juga mengambil 10 pilihan tambahan untuk Airbus siri 321neo. Tempahan tertunggak sebelumnya untuk sebanyak 18 buah Pesawat siri A320 yang akan dihantar hingga Tahun 2014 menjadikan jumlah tempahan Airbus kepada 55. [65] Pesawat Airbus siri A321 yang pertama untuk Cebu Pacific (RP-C4111) tiba di Manila pada Tarikh 22 Mac 2018, dan kini terbang ke destinasi domestik.

Pada Bulan Januari Tahun 2019, Syarikat Penerbangan Cebu Pacific menerima Pesawat Airbus siri A321neo dengan kapasiti sebanyak 236 tempat duduk yang pertama untuk mereka (Terdaftar RP-C4118) yang dikuasakan dengan enjin Pratt dan Whitney.

Airbus A330

Pada Tahun 2007, syarikat penerbangan tersebut menempah sebanyak enam buah pesawat siri A330 untuk mengkawal destinasi Timur Tengah (Asia Barat) seperti laluan ke Dubai dan Asia Timur seperti Hong Kong, Tokyo, Seoul, Shanghai, dan Taipei. serta Asia Tenggara seperti Bangkok, dan Singapura, Itu juga akan digunakan di sektor domestik, yaitu penerbangan ke Cebu, Bandar Davao, General Santos, dan Puerto Princesa.

Pada Tahun 2016, syarikat penerbangan itu kemudian menambah dua lagi pesawat A330 untuk melengkapkan armada sebelumnya di laluan jarak jauh baru, seperti Sydney dan Melbourne.

Pada Persembahan Udara Paris 2019, Syarikat Penerbangan Cebu Pacific mengumumkan bahawa mereka ingin menempah sebanyak 16 buah Pesawat Airbus A330neo untuk menggantikan Pesawat siri A330-300 yang sudah tua. Pesawat baharu akan menggantikan Airbus A330 yang lebih lama pada Tahun 2026. Pesawat ini akan dikonfigurasi dengan 460 tempat duduk (semua tempat duduk tersebut ada di kelas ekonomi). Pengendali akan mempunyai kabin paling padat untuk armada siri Airbus A330.

Yang Telah Beroperasi Sebelumnya

sebuah Pesawat Syarikat Penerbangan Cebu Pacific dengan siri Boeing 757–200 di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong sebelum bersara di Bulan Oktober Tahun 2006sebuah Pesawat Syarikat Penerbangan Cebu Pacific DC-9 semasa penerbangan terakhir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu di Tahun 2006
Armada Bersara Cebu Pacific
PesawatTahun DiperkenalkanTahun BersaraPesawat Pengganti
McDonnell Douglas DC-9-3019962006Airbus A320
Boeing 757-20020002006Airbus A321/Airbus A330
Airbus A319-10020052018Airbus A320

Galeri

Rujukan

WikiPedia: Cebu Pacific http://www.airbus.com/newsroom/press-releases/en/2... http://www.airline-philippines.com/674/cebu-pacifi... http://atwonline.com/news/cebu-pacific-now-largest... http://atwonline.com/news/cebu-pacific-now-philipp... http://www.cdodev.com/2017/10/20/cebu-pacific-laun... http://www.cebupacificair.com/aboutus/press/2001/2... http://www.cebupacificair.com/aboutus/press/2002/2... http://www.cebupacificair.com/aboutus/press/2006/0... http://www.cebupacificair.com/aboutus/press/2006/0... http://www.cebupacificair.com/aboutus/press/2006/1...